Bermula dengan dunia peragaan pada 1999, Farid Kamil, 33, kini bukan hanya dikenali sebagai pelakon, malah pengarah dan turut berjinak-jinak dalam penulisan lakon layar.
Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 5 Mei 1981, Farid menjadi model fesyen untuk menampung perbelanjaan pengajiannya di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Antara iklan komersial awal Farid adalah Dunhill, Pringles dan TM Net.
Bakat anak pasangan Datuk Dr Zahari Che dan Datin Sharifah Bardah Syed Abdillah mula dicungkil pengarah Profesor Madya A Razak Mohaideen untuk watak kecil dalam filem Mistik.
Sebelum filem itu, dia pernah menjadi pelakon tambahan dalam siri televisyen, Fakulti pada 2000.
Sebelum filem itu, dia pernah menjadi pelakon tambahan dalam siri televisyen, Fakulti pada 2000.
Sering muncul dalam filem arahan Razak, populariti Farid melonjak selepas berlakon dengan Erra Fazira menerusi filem 7 Perhentian dan berganding dengan Datuk Siti Nurhaliza menerusi iklan komersial Maxis.
Farid meletakkan sasaran menjadi pengarah saat melangkah menara gading.
Dia pernah diberi peluang menduduki kerusi pengarah oleh Metrowealth Pictures (MIG) untuk filem Remp-It yang turut menulis skripnya, tetapi terpaksa dilepaskan kerana kesibukan kuliah. Gelaran pengarah mula diterima melalui filemV3: Samseng Jalanan dan Kongsi.
Dicalonkan Pelakon Lelaki Terbaik melalui filem Lagenda Budak Setan dan Pengarah Terbaik (V3: Samseng Jalanan) di Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23).
Mendapat jolokan Hero Pujaan Malaya, Farid pernah menjalin cinta dengan Irma Hasmie pada 2004 dan berpisah pada 2008. Pada 2009, dia dikaitkan pula dengan heroin serasinya, Lisa Surihani, namun kedua-duanya menafikan.
Farid bertunang dengan Diana Danielle pada 2 September 2012 selepas tiga tahun bercinta. Mereka disatukan pada 3 November 2012 dan menimang cahaya mata sulung, Muhammad pada 2 Julai 2013.
Terpalit kontroversi apabila mengenakan pakaian istiadat tentera ketika majlis resepsinya, tetapi isu itu diselesaikan dengan cara baik. Hubungan dengan ibu mentua juga dikatakan dingin.
.jpg)
No comments:
Post a Comment