http://www.hmetro.com.my/myMetro
Siapa sangka pelakon yang mula dikenali melalui drama Kau Dan Aku, Farish Aziz, 30, aktif bersukan ketika zaman sekolahnya.
Malah, anak bongsu pasangan Aziz Ahmed Sulaiman dan Sariah Sulaiman
ini pernah mendapat Anugerah Sukan Sekolah kerana mengharumkan nama
dalam bidang sukan sehingga ke peringkat kebangsaan.
Farish juga pernah digelar olahragawan sekolah selama tiga tahun
berturut-turut. Antara pencapaian terbaiknya ialah mewakili negeri Sabah
dalam sukan bola sepak dari 1999 hingga 2005 (bawah 15 tahun - bawah 23
tahun).
Pembabitannya dalam seni bermula sebagai pengacara lapan
tahun lalu, apabila sekadar mencuba dan mencari pengalaman selain
menambah wang poket.
Bermula dengan program Durian Runtuh pada 2006, ia memberi ruang
kepadanya untuk terus mengasah bakat. Dia ditawarkan pula mengacara
program Kaki Jalan.
Selain mengacara, Farish menjadi penyampai radio, pelakon dan
penerbit. Farish pemegang saham syarikat penerbitan Chantek Pictures
yang menerbitkan telefilem Cheritera dan Pengancam Perkahwinan.
Selepas
berkahwin dengan Zahrah Fowzi pada 18 Februari 2011 dan mempunyai anak,
Aydan Naeem pada 25 Januari 2014, Farish nekad menetap di Kota
Kinabalu.
Walaupun sedar peluang mengembangkan bakat lebih terjamin di Kuala Lumpur, bagi Farish, keluarga menjadi keutamaannya.
Bijak
mencari sumber kewangan lain, Farish serta tiga lagi rakan kongsi
menguruskan butik pakaian dan aksesori lelaki serta wanita sejak
November 2011. Butik dinamakan 1984 Jesselton itu beroperasi di Gaya
Street.
Baru-baru ini, dia dikecam kerana memuat naik gambar
‘selfie’ di kawasan perkuburan yang dilihat seolah-olah memijak kubur.
Farish tampil memberi penjelasan dan meminta maaf serta memadam gambar
berkenaan dari akaun
laman sosial Instagram miliknya.

No comments:
Post a Comment