SENIMAN filem Melayu klasik, Datuk Mustapha Maarof, 79,
meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju,
di sini, jam 8.38 pagi tadi.
Mustapha atau nama sebenarnya Mustapha Azhari Maarof meninggal di wad
Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu selepas dua minggu mendapatkan
rawatan akibat penyakit paru-paru.
Jenazah akan disempurnakan di hospital dan disembahyangkan di Masjid
Sentul sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jln Ampang.
Kredit
No comments:
Post a Comment