PELAKON dan pengacara popular, Elaine Daly telah sah
bergelar isteri kepada Nick Borden dalam sebuah majlis yang berlangsung
di Restoran Itali, Ciao, Kuala Lumpur.
Sebelum ini, Elaine berkongsi detik perkenalannya bersama Nick yang
juga seorang doktor pada Mac lalu dan selepas mengenali hati budi
masing-masing, mereka mengambil keputusan bertunang pada Julai lalu.
Difahamkan, pasangan ini akan melangsung majlis meraikan perkahwinan
mereka pada Sabtu lalu di sebuah lokasi rahsia sebelum satu lagi majlis
resepsi akan diadakan di Afrika Selatan bagi pihak keluarga Nick.
Pasangan ini turut memilih Zimbabwe sebagai lokasi bulan madu mereka.
Kredit
No comments:
Post a Comment