h lama difikirkan, pemilik nama sebenar Fazira Wan Chek ini bersyukur kerana ia berlaku dalam tempoh yang lebih cepat.
"Alhamdulillah saya semakin tenang dan gembira dengan penampilan sekarang. Tidak ada komen negatif yang diterima.
"Paling penting saya selesa dan dalam masa masih menyesuaikan diri
dengan imej saya sekarang. Buat masa ini tidak ada spesifik imej yang
akan saya bawakan. Fesyen nanti akan datang dengan sendiri bila saya dah
mula biasa dengan imej ini.
"Saya juga bersyukur kerana ALLAH ketuk pintu hati saya lebih awal.
Saya memang sudah lama mahu bertudung tapi saya tidak sangka akan
berubah lebih awal.
"Bagi saya perubahan ini adalah satu anugerah yang terindah dan bukan semua orang berpeluang menerima anugerah ini," katanya.
Bukan sahaja mendapat respons yang positif daripada keluarga dan
rakan-rakan, anak tunggalnya, Engku Aleesya Engku Emran, 6, juga teruja
melihat perubahannya itu.
“Aleesya antara orang paling seronok melihat perubahan ini. Lagipun
sebelum ini dia pun ada lihat ibunya bertudung ketika menghadiri
pelbagai aktiviti.
“Bagaimanapun, peralihan ini juga bukan datang dalam sekelip mata.
Banyak perubahan yang perlu dilakukan secara perlahan-lahan,” katanya.
Mohon sokongan
Dalam pada itu juga, Erra turut meminta orang ramai supaya tidak
menghentam dirinya jika ada tersalah dalam proses penghijrahan ke arah
yang lebih baik ini, namun tidak menolak jika ada teguran yang baik
untuk dirinya.
"Saya tahu ada yang menyifatkan perubahan sesetengah selebriti kerana
trend. Tapi bila mereka fikir sebegitu, ia telah menjadi satu dosa
kerana saya percaya semua yang berubah, berubah kerana ALLAH.
“Kita sepatutnya mendoakan dan saya percaya perlahan demi perlahan saya
dan mereka yang berhijrah akan melakukan perubahan mutlak.
"Janganlah menghentam, menegur tidak salah, tapi biar berhemah. Yang penting penghijrahan itu dalam diri,” jelasnya.
Di tebak respons sekiranya ada peminat mengikut langkahnya berhijab, Erra berkata, ia adalah satu petanda yang baik.
“Saya tidak pasti tentang itu tetapi andai kata peminat berhijab kerana saya, Alhamdulillah. Ia satu impak yang bagus.
“Tidak mengapa jika seseorang itu berhijab kerana mengikut idola mereka
kerana saya percaya ALLAH akan lahirkan rasa cinta dengan hijab dan
sekali gus individu itu akan tahu tanggungjawab dan batas-batas mereka.
"Apa yang penting kita doakan mereka terus istiqamah dan kekal bertudung selepas itu,” katanya.
Belum merancang untuk menjual segala baju atau koleksi rambut palsunya,
Erra bagaimanapun tidak menolak untuk menghadiahkan dan menjual bagi
tujuan amal suatu hari nanti.
Perlahankan karier seni?
Sementara itu, ditanya perjalanan karier seninya selepas ini, Erra
berkata, dia tidak merancang untuk bersara, apatah lagi, industri seni
sememangnya menjadi sumber rezekinya selama ini.
Bagaimanapun sama seperti selebriti wanita lain yang telah berhijab,
dia akan meletakkan batasan dan menerima tawaran yang sesuai.
"Kalau nak ikutkan tapisan, sejak sebelum bertudung lagi saya dah mula selektif dengan tawaran.
"Bagi saya apa yang penting kita tahu batasan dan tawaran yang datang mestilah bersesuaian dengan imej dan juga masa," katanya.
No comments:
Post a Comment