PELAKON, Tyrese Gibson hari ini menafikan beliau telah
memeluk Islam selepas tersebarnya khabar angin tersebut sejak awal
Ramadan tahun ini.
"Dengan hormat saya menjelaskan (bahawa) saya bukan seorang Muslim, saya seorang Kristian sejak dilahirkan.
"Saya menghormati semua agama dan ada ramai kawan Muslim yang sangat
baik. Saya sudah mendalami budaya dan saya hormati budaya," kata Gibson
hari ini dalam sebuah perkongsian di laman sosial Facebook.
Beberapa hari lepas, foto ucapan selamat berpuasa dan sebuah lagi foto
yang menunjukkan beliau memakai serban dan jubah telah memberi bayangan
kepada orang ramai bahawa beliau juga menyambut Ramadan.
Kredit
No comments:
Post a Comment