Kemunculan penyanyi Adira Suhaimi, 23, di Balai Berita, Selasa lalu,
mencuri perhatian ramai. Sejak bila penyanyi cantik berkulit putih gebu
ini bertudung?
Itulah soalan pertama ketika menyambut kedatangan Adira. Dengan senyuman
manis, anak jati Ranau, Sabah ini menjelaskan, dia baru berhijab dan
sengaja tidak memaklumkan kerana mahu buat kejutan apabila bertemu.
Kata Adira, hasrat bertudung sudah lama tersimpan, cuma baru kini
benar-benar bersedia melaksanakan kewajiban itu. Nyata langkah
dilakukannya membawa ketenangan di hati, malah sangat selesa dengan imej
barunya.
“Ahad lalu, saya tiba-tiba rasa mahu pakai tudung apabila bangun tidur.
Saya tanya pada diri, bila lagi mahu melaksanakan kewajiban ini. Saya
mengadap cermin dan terus pakai tudung. Seharian di rumah saya
bertudung.
“Perubahan itu tentu menggembirakan keluarga saya, lebih-lebih lagi mak.
Esoknya, saya pulang ke ibu kota dan terus berhijab sampai sekarang.
“Saya nekad berhijrah dan rasa sangat selesa dengan perubahan ini. Sikit
pun tak rasa kekok kerana di bangku sekolah dulu pun memang bertudung,”
katanya.
Kredits
Monday 1 September 2014
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
Post a Comment