DO NOT MISS

Monday, 12 January 2015

Penganjur konsert K Pop mohon maaf



SHAH ALAM - TGM Event, penganjur konsert kumpulan K-Pop B1A4 yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini tampil memohon maaf diatas terhadap insiden yang berlaku.

Menerusi laman rasmi Facebooknya, mereka memohon maaf diatas masalah yang disebabkan kumpulan tersebut dan akan lebih berhati-hati dalam perkara membabitkan soal budaya dan agama ketika interaksi antara peminat dan artis.

"Sebagai pengajur konsert berkenaan, pihak kami bertanggungjawab menjelaskan situasi yang berlaku.

"Ini bukanlah prosedur standard artis K-Pop untuk beramah mesra dengan peminat-peminat mereka,” katanya.



Bagaimanapun, memandangkan ini menjadi acara khas bertemu peminat, program ini dibuat khusus untuk menjalin hubungan baik antara artis dan peminat.

Peminat sudah diingatkan oleh pengacara untuk tidak menyentuh dan rapat dengan ahli kumpulan berkenaan dan ahli kumpulan itu juga turut memohon kebenaran sebelum melakukan aktiviti berkenaan namun peminat terbabit membenarkannya.

"Ini adalah bukan bidang kuasa kami untuk menghalang peminat menyertai aktiviti yang dianjurkan,” katanya.

Tambahnya lagi, sebagai sebuah syarikat yang diterajui oleh wanita, mereka tidak sama sekali menggalakkan pencabulan dan gangguan seksual seperti yang digembar-gemburkan media.

Katanya, penggunaan perkataan tersebut adalah mengecewakan.

Video yang disebar di laman media sosial memaparkan beberapa gadis Melayu bertudung dipeluk dan dicium artis Kpop berkenaan di atas pentas mencetuskan kemarahan ramai pihak.



Kredit

Post a Comment

 
Copyright © 2014 Mahligai Pelangi. Web Designed by Websmalaysia. Theme websmalaysia