Saturday, 18 April 2015
Kylie Jenner nafi bedah bibir
Posted by Unknown on 22:09 in Berita | Comments : 0
MODEL yang juga bintang realiti popular ini menafikan dakwaan dia telah melakukan pembedahan plastik di bibirnya.
Menurut sumber, Jenner memberitahu bibirnya adalah seratus peratus asli.
"Dia menjelaskan bahawa dia tidak pernah melakukan sebarang pembedahan plastik pada mana-mana bahagian tubuhnya.
"Mungkin bibirnya kelihatan berbeza kerana teknik solekan semata-mata dan untuk memperlihatkan bibirnya lebih tebal," jelasnya Jenner kepada sebuah majalah antarabangsa.
Tambah sumber berkenaan, Jenner tampil membuat penjelasan tersebut kerana peminat sering mempersoalkan mengenai bibirnya itu.
"Dia semakin popular kini, mungkin sebab itu apa sahaja perubahan pada dirinya akan menjadi perhatian," ujarnya.
Kredit
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)

Post a Comment