DO NOT MISS

Thursday, 19 March 2015

Captain America 3 perlukan orang Asia



FILEM Captain America 3: Civil War dijangka akan menjadi epik dan ia akan bertambah gempak jika ada warganegara Malaysia berlakon di dalamnya.
 
Penerbit dari Marvel Studios memaklumkan bahawa mereka memerlukan watak tambahan lelaki dan wanita berumur 21 hingga 75 tahun dan berasal dari Thailand, Indonesia, Cambodia, Malaysia, Filipina, Vietnam atau Singapura.
 
Menurut Movie Pilot, watak tambahan akan dibayar sebanyak AS$64 (RM236) termasuk kerja lebih masa.
 
Pengambaraan dijadualkan bermula pada 27 April di Fayetteville, Georgia.
 
Pihak yang berminat boleh memberi maklumbalas berserta malumat di bawah kepada sputnikextras@gmail.com:
 
- Gambar terbaru (muka)
- Gambar terbaru (penuh)
- Gambar bersama pakaian tradisional
- Nama penuh
- Alamat email
- Nombor telefon
- Umur
- Tinggi dan berat
- Saiz untuk pakaian berikut:
Lelaki: Jaket, kolar, lengan, pinggang, inseam, kasut
Wanita: Saiz baju, ukuran badan (dada, pinggang dan pinggul), seluar, kasut
- Bandar, Negeri dan Negara
 
 
 
 

Post a Comment

 
Copyright © 2014 Mahligai Pelangi. Web Designed by Websmalaysia. Theme websmalaysia