DO NOT MISS

Friday, 20 March 2015

Forteen bakal berpecah?


BERITA mengenai kumpulan Forteen bakal berpecah kembali bertebaran lagi. Dianggotai Muhammad Izzul Islam Mazlan (Izzue Islam), Muhammad Ridzuan Sharifuddin(One), Saiful Ridzuan Abd Hamid (Ariz) dan Mohd Arif Ameerais Azhar (Ameer), kumpulan di bawah naungan KRU Music itu, dikatakan bakal berpecah kerana kesemua ahlinya mahu bergerak secara solo.

Menafikan perkara tersebut, Izzue memberitahu, berita perpecahan kumpulan Forteen adalah tidak benar.

"Ia tak benar. Kami masih bersatu sebagai ahli kumpulan. Kami tak pasti bagaimana berita ini boleh tersebar?.

"Memang kami semua akan memasarkan lagu solo masing-masing, tapi itu tidak bermakna kami akan berpecah dari Forteen," katanya.

Tambah Izzue, keadaan itu (bergerak solo) berlaku lantaran diberi peluang KRU Music seterusnya dianggap sebagai projek istimewa untuk peminat setia Forteen.

"KRU Music mahu memperkembangkan lagi karier seni muzik kami. Lagipun, setiap single yang bakal dikeluarkan lebih terarah kepada genre muzik masing-masing.

"Buat masa ini, hanya single Hitam dari Ameer berduet dengan Dualiti yang baharu keluar.

"Bagi ahli lain, kami menunggu giliran," katanya sambil memberitahu mereka tidak akan mengetepikan Forteen lantaran masih berada di bawah payung sama.

Dalam perkembangan lain, Forteen kini sibuk mempromosikan single baharu, Linangan Terakhir ciptaan Edry Abdul Halim.




Kredit

Post a Comment

 
Copyright © 2014 Mahligai Pelangi. Web Designed by Websmalaysia. Theme websmalaysia